Refleksi Minggu ke-3
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Dr. Siti Fatimah. Pada minggu yang ke-3 ini merupakan kelas pertama komputer dalam pendidikan yang saya hadiri. Semua rakan-rakan dalam kelas ini telah memperkenalkan diri termasuk saya sendiri walaupun telah banyak kali saya memperkenalkan diri setelah memasuki UKM. Dalam kelas yang pertama ini, Dr telah menyuruh kami untuk membuka gmail yang baru dan "official". Selain itu, Dr juga telah mengajar kami untuk membuka Google Drive dan cara untuk menggunakannya. Namun, weebly yang Dr ingin kami bukakan haruslah diteroka sendiri bagaimana cara untuk menyunting segala-gala dalam weebly seperti gambar yang ingin kami muatkan. Selepas menghadiri kelas ini, saya telah mendapati bahawa Google Drive merupakan sesuatu yang amat berguna dan penting.
Refleksi Minggu ke-4
Selamat sejahtera Dr. Siti Fatimah. Pada minggu ini, saya telah mempelajari bahawa komputer adalah alat yang sangat berguna di mana ia membolehkan kita menyelesaikan tugas kita dalam masa yang singkat dengan menggunakan tenaga yang tidak banyak.Tambahan pula, komputer banyak membantu dalam pengajaran oleh guru atau pensyarah di sekolah dan universiti. Pada pendapat saya, komputer merupakan tutor yang amat membantu saya secara peribadi untuk mencari maklumat penting. Selain itu, saya boleh berjumpa dengan orang yang berbeza dari pelbagai negara dan mendengar cerita mereka sendiri yang dapat menerangi hidup saya. Pada masa yang sama, komputer mempunyai mengubah gaya hidup saya di mana sekarang saya boleh melakukan banyak seni mereka bentuk dengan menggunakan aplikasi dalam komputer yang memberikan kesan yang baik. Namun, komputer bukanlah benda yang paling penting di dunia ini tetapi bukan tidak kurang penting juga. Kami perlu mengekalkan etika kita dalam menggunakan komputer kita dengan baik dan cara yang bijak.
Selain itu, Dr. Siti Fatimah telah juga mengarah kami untuk mencari maklumat tentang Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS). Saya mendapati bahawa LMS dan CMS mempunyai banyak kebaikan dan penggunaannya. Learning Management System (LMS) ialah sebuah sistem atau aplikasi pendidikan bagi membantu proses pembelajaran dan pengajaran di sebuah institut atau sekolah . Sistem ini juga merupakan satu projek kementerian pelajaran Malaysia(KPM) untuk melihat interaksi antara pelajar dengan guru dalam membuat perbincangan sesuatu masalah walaupun pada jarak yang jauh. Manakala, Course Management System (CMS) merupakan satu sistem pengurusan kursus (CMS) adalah koleksi alat perisian menyediakan persekitaran dalam talian untuk interaksi kursus. Sebuah CMS biasanya termasuk pelbagai alat dalam talian dan persekitarannya . Ianya juga salah set alat yang membolehkan pengajar untuk mencipta kandungan kursus dalam talian dan selepas itu di laman web tanpa perlu untuk mengendalikan HTML atau lain-lain bahasa pengaturcaraan.
Selain itu, Dr. Siti Fatimah telah juga mengarah kami untuk mencari maklumat tentang Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS). Saya mendapati bahawa LMS dan CMS mempunyai banyak kebaikan dan penggunaannya. Learning Management System (LMS) ialah sebuah sistem atau aplikasi pendidikan bagi membantu proses pembelajaran dan pengajaran di sebuah institut atau sekolah . Sistem ini juga merupakan satu projek kementerian pelajaran Malaysia(KPM) untuk melihat interaksi antara pelajar dengan guru dalam membuat perbincangan sesuatu masalah walaupun pada jarak yang jauh. Manakala, Course Management System (CMS) merupakan satu sistem pengurusan kursus (CMS) adalah koleksi alat perisian menyediakan persekitaran dalam talian untuk interaksi kursus. Sebuah CMS biasanya termasuk pelbagai alat dalam talian dan persekitarannya . Ianya juga salah set alat yang membolehkan pengajar untuk mencipta kandungan kursus dalam talian dan selepas itu di laman web tanpa perlu untuk mengendalikan HTML atau lain-lain bahasa pengaturcaraan.
Refleksi Minggu ke-5
Selamat sejahtera saya ucapkan sekali lagi kepada Dr. Siti Fatimah. Pada minggu ini, kami telah mempelajari tentang CASPER iaitu singkatan daripada Contrast, Alignment, Simplicity, Proximity, Emphasis and Repetition. Prinsip CASPER adalah garis panduan yang sangat baik bagi kami untuk membuat pertunjukan slaid yang berguna dan bermaklumat untuk menyampaikan pengetahuan. Melalui prinsip CASPER, kita dapat mengetahui cara bagaimana kita menyedia, mengatur dan mencantikkan slaid kami.
Refleksi Minggu ke-6
Ia agak mencabar dalam menyediakan slaid melalui Penyampaian Google. Selepas pusingan perbincangan dengan rakan-rakan kursus saya , kami mula meneroka Persembahan Google . Sebenarnya ia agak sama dengan Microsoft Power Point, hanya terdapat beberapa ciri-ciri yang berbeza antara satu sama lain. Slaid kami untuk tugasan 3 masih dijalankan tetapi saya percaya kita boleh menyelesaikannya dan menunjukkan kepada pensyarah kami, Dr Siti Fatimah untuk meningkatkan kerja-kerja kami.
Refleksi Minggu ke-7
Pada minggu ini, saya tidak hadir untuk kelas kerana tidak berasa sihat. Namun, saya telah mendapat tahu daripada rakan saya bahawa pada minggu ini, Dr telah mengajar cara untuk membuat borang soal selidik melalui Google form. Walaupun saya tidak hadir untuk kelas ini, saya telah meminta tunjuk ajar rakan saya untuk mengajar saya cara untuk membuat borang soal selidik ini. Saya mendapati bahawa borang soal selidik yang dibuat dalam google drive amat membantu pada masa hadapan. Sebelum ini, saya memang tidak terdedah kepada Google form kerana hanya menggunakan Microsoft Word untuk membuat borang soal selidik. Setelah mempelajarinya, saya berasa ia amat membantu kerana data boleh didapati dengan cepat daripada menunggu untuk mengutip balik borang soal selidik yang dicetak untuk diedarkan kepada respondan.
Refleksi Minggu ke-8
Pada minggu ini, kani telah memasuki forum Weebly dan isi setiap Google Form yang dihasilkan oleh kumpulan-kumpulan lain. Selain itu, kami telah merujuk bahan di Internet tentang cara untuk membuat analisis data dari soal selidik berkaitan dengan tajuk kumpulan kami. Dr. Siti juga membantu kami. Selepas itu, kami kembali ke Google Form kumpulan masing-masing dan lihat data yang telah dikumpul, iaitu respon daripada respondan serta lakukan analisis. Berikut merupakan data yang telah kami peroleh :
Refleksi Minggu ke-9
Pada minggu yang ke-9 ini iaitu 3 November 2015, kelas berjalan seperti biasa. Kemudian, kami diminta untuk menyediakan satu laporan kajian tentang topik-topik yang diberikan dalam kumpulan mengikut format yang tepat menggunakan Google Docs. Bagi kumpulan saya, kami perlu membuat satu laporan berkaitan dengan E-Learning dan M-Learning. Sebelum kami memulakan tugasan ini, kami telah merujuk internet tentang cara membuat laporan kajian. Dalam satu laporan kajian, ia perlulah mengandungi penghargaan, abstrak, refleksi, objektif kajian, rujukan dan sebagainya. Dalam tugasan ini, saya telah mempelajari cara yang lebih teliti untuk membuat laporan dalam Google Docs. Saya berharap saya boleh mendapat lebih banyak pengetahuan mengenai aplikasi-aplikai dalam komputer agar saya dapat menjadi pendidik yang cemerlang.
Refleksi Minggu ke-10
Pada minggu ini, kami telah menggunakan bahan yang telah dikumpul untuk tugasan sebelum ini iaitu tugasan 2 untuk membuat brosur. Daripadanya, kami telah membina satu brosur setiap seorang dalam kumpulan dengan menggunakan Microsoft Publisher. Kami telah pun memasukkan unsur teks, bentuk, imej dan juga warna dalamnya. Berdasarkan bahan yang sama, bina brosur menggunakan Microsoft Words. Kali ini merupakan kali pertama saya menggunakan Microsoft Publisher. Saya mendapati bahawa aplikasi amat menggunakan dalam pembinaan suatu brosur sedangkan saya tidak pernah lagi membuat brosur.
Refleksi Minggu ke-11
Pada minggu ini, kami telah mempelajari untuk membuat video menggunakan elemen-elemen dalam multimedia di forum Weebly. Kami telah membincangkan story board dan skrip untuk menghasilkan satu video secara berkumpulan berdasarkan tajuk dalam Tugasan 2. Penghasilan video dalam kumpulan berdasarkan story board dan skrip yang telah disediakan pada minggu 10 menggunakan Movie Maker. Selain itu, melalui kuliah ini, kami telah mempelajari cara untuk mengintegrasian elemen audio, video dan teks dalam pembangunan video.
Refleksi Minggu ke-12
Dalam minggu ke-12, kami dibagi tugas untuk menghasilkan satu presentation multimedia berdasarkan tajuk yang lalu iaitu E-Learning dan M-Learning. Sebelum memulakan tugasan ini, kami dibagi masa untuk mencari maklumat tentang penggunaan alat-alat multimedia seperti Windows Movie Maker, Sound Recorder, Audacity, Paint dan sebagainya.
Dalam itu, kami juga dikehendaki berbincang dengan ahli kumpulan untuk merangka satu “story board” bagi presentation kita contohnya apakah maklumat yang hendak kita masukkan ke dalam presentation, gambar-gambar, video, lagu dan sebagainya untuk menjadikan presentation itu lebih menarik. Dengan serba sedikit maklumat, kami telah cuba memasukkan semua bahan yang dapat dicari dan juga membuat pengubahsuaian.
Dalam itu, kami juga dikehendaki berbincang dengan ahli kumpulan untuk merangka satu “story board” bagi presentation kita contohnya apakah maklumat yang hendak kita masukkan ke dalam presentation, gambar-gambar, video, lagu dan sebagainya untuk menjadikan presentation itu lebih menarik. Dengan serba sedikit maklumat, kami telah cuba memasukkan semua bahan yang dapat dicari dan juga membuat pengubahsuaian.
Refleksi Minggu ke-13
Dalam minggu ke-12, saya dan ahli kumpulan saya bersambung semula untuk membuat presentation multimedia yang minggu lepas.Saya berasa bersyukur kerana kesemua ahli kumpulan saya telah kembali semula dalam kumpulan. Maka dalam minggu ni, kami memperbaiki video presentation multimedia tersebut.
Refleksi Minggu ke-14
Pada minggu ke 14, saya telah mempelajari bagaimana caranya untuk menggunakan Microsoft Excel dengan lebih terperinci. Pengertian Microsoft Excel adalah program aplikasi pada Microsoft Office yang digunakan dalam pengolahan angka. Program ini sering digunakan untuk menulis atau mencatat pengeluaran dan kemasukan dalam sesuatu perusahaan atau suatu lembaga mahupun organisasi yang kecil atau yang besar. Program ini juga boleh digunakan oleh guru-guru di sekolah untuk tujuan merekod prestasi murid-murid berdasarkan keputusan atau data yang telah dikumpulkan sepanjang tahun. Tambahan pula, Microsoft Excel juga sering digunakan oleh sesiapa sahaja untuk menulis atau mencatat kewangan dalam kehidupan seharian mereka seperti membuat belanjawan bulanan. Hal ini demikian kerana Microsoft Excel merupakan salah satu program yang dapat memudahkan urusan dalam pengurusan kewangan.